Thursday, October 09, 2008

Aku Dan Pepatung

Aku ingin menjadi pepatung yang terbang bebas...
Melihat keindahan alam ciptaan yang Maha Kuasa..
Aku ingin menghayati kurniaan yang di anugerahi..
Tanpa Dia, siapa aku? Siapa kita?
Tanpa Dia, tidak wujud alam semesta..
Sujudlah kepadaNya kerana Dia Maha Pencipta..
Aku bukanlah insan yang kuat,
Namun aku bukanlah insan yang lemah,
Aku seperti boneka,
Yang hanya hidup bila di pentaskan,
Tapi aku juga punya perasaan seperti insan lain,
Yang ingin bercinta dan dicintai,
Yang ingin di sayang dan menyayangi,
Tetapi mengapa ada insan yang sukar mengerti??
Mengapa aku sering dipermainkan?
Adakah aku tidak punya hak?
Atau adakah hak itu hanya untuk insan terpilih?
Aku juga punya maruah,
Walaupun aku lemah,
Aku masih punya harga diri,
Harga diri yang masih bernilai,
Aku sendiri mengharungi dugaan,
Dugaan yang begitu berat bagiku,
Aku kekadang tewas sdalam dugaan,
Begitu berat kurasakan,
Sampai bilakah semua ini??
Mestikah aku yang mengharunginya?
Mengapa bukan insan lain??
Yang lebih tabah dan kuat dariku…
Aku tidak sanggup lagi dengan semua ini…
Aku tidak kuat seperti yang di sangka…
Diriku keseorangan…
Aku tidak punya siapa…
Yang ada hanyalah aku dan diriku sendiri…

No comments: